AHLI KUMPULAN
PREMANESA A/P KUPPUSAMY (16DPM15F2040)
SANTHINI A/P ANANDAN (16DPM15F2048)
GUNALETCHUMI A/P RAMACHANDRAN(16DPM15F2039)
LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA
•Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
•Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah
pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab
menggubalnya).
•Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
•Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
•Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
•Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
•Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
•Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
•Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.
MATLAMAT RUKUN NEGARA
•Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat di Malaysia.
•Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara
Malaysia.
•Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar
kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa
menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
•Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat
sekeliling.
•Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada
hari ini.
RUKUN NEGARA
•Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu Rukun Negara berkumandang di media
elektronik seperti radio,komputer dan khususnya di kaca televisyen .
Sememangnya Rukun Negara perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada
hari ini warganegara Malaysia khususnya dan penduduk Malaysia amnya.
•Apabila soalan tersbut diajukan kepada golongan muda (dan
bahkan sebilangan orang dewasa) mereka akan segera menjawab bahawa rukun negara
ada lima perkara .
•Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima
perkara teras tersebut seperti yang dinyanyikan itu atau yg di pratontonkan
dalam kaca televisyen saban hari demi hari .
•Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai
ataupun yang perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari
golongan muda atau golongan yang tua .
•Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak
sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa
penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Objektif Rukun Negara
Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :
- Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .
- Untuk memelihara cara hidup demokratik .
- Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
- Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat .
- Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden .
- Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita .
- keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara .
PRINSIP - PRINSIP
RUKUN NEGARA
1. KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
1. KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu , cina dan india yang mempunyai kepercayaan masing-masing sebagai contohnya kaum melayu percaya bahawa alam ini dicipta olehTuhan dan segala amalan baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan . Bagi kaum india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari . Masyarakat india mempunyai banyak agama antaranya ialah agama hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina pula menganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini.
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri.
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun keduduka (statusosial).
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan dengan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya.
Peristiwa 13 Mei 1969
Latar belakang
Semasa kempen Pilihan
Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi
kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya
dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum
1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi
majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar
buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat
(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi
pada tahun 1969.
KESIMPULAN
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia
mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta
dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum
pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik
permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia.
Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka
ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang
konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit,
latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat
Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai
oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana Sehubungan
dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.Mengamalkan
Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira
kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan
sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan
gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak
lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan
kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan
memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil
kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar
sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap
guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi
isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin
rapuh.
RUJUKAN
1.MARDINA NORDIN,2014,PENGAJIAN MALAYSIA,SHAH ALAM OXFORD FAJAR SDN.BHD.
2.MARUWIAH AHMT,2012,RUKUN NEGARA,PUSTAKA GEDUNG ILMU,
maruwiah.com/tag/buku-tentang-rukun-negara
3.CIKGU AZEMI,2015,KEPENTINGAN RUKUN NEGARA.BLOGSPOT.AZEMI.COM
4.FAZMAN 2020,2015,PERLEMBAGAAN-RUKUN NEGARA DAN PERPADUAN,BLOGSPOT.COM



